A Aida malu, suami orang asyik pandang bila berjalan – “Jagalah hati isteri tu”

Entertainment
1 Apr 2024 • 9:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penerbit terkenal, Datuk A Aida malu apabila segelintir lelaki yang sudah bergelar suami asyik memandang dirinya ketika sedang berjalan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penerbit yang berusia 54 tahun itu, dia meminta kepada golongan suami supaya menjaga pandangan mereka sewaktu berada di luar rumah.

A Aida malu

Susulan itu, A Aida menitipkan nasihat kepada golongan lelaki tersebut untuk berhenti berkelakuan seperti ini demi menjaga hati isteri masing-masing.

 

“Malu lah bila kita berjalan orang asyik dok pandang-pandang, ada tu sampai kena cubit dengan isteri.

“Pada para suami tu kalau isteri ada kat sebelah tak payahlah mata tu asyik dok pandang perempuan lain je..jagalah hati bini. Kalau dah depan bini pun buat perangai macam tu kat belakang macam manalah perangai tu ya…ok bye,” ujarnya.

Terdahulu, A Aida telah berjaya menarik perhatian ramai apabila telah menyenarai hitam pelakon Ruhainies yang dilaporkan ditangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz.

A Aida malu

image is not available

Disebabkan itu, dia telah menggantikan aktres tersebut kepada isteri Aliff, Bella Astillah dengan memberi tawaran berlakon untuk tiga drama iaitu Elham Untuk Nilam, Matahariku dan Move On Romeo.

Sumber: Instagram @A Aida