“Kalau dah sakit, datang awal” – Wanita Terkilan Ditengking Doktor Klinik Kesihatan Sebab Datang Waktu ‘Lunch Hour’

Entertainment
25 Jul 2024 • 5:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Doktor adalah orang yang boleh dikatakan tempat kita ‘mengadu’ kalau tidak sihat sebab dia adalah orang yang tempat kita bergantung untuk mendapatkan rawatan dan sijil cuti sakit untuk kita rehat.

Bagaimanapun, malang buat seorang wanita yang dikenali sebagai Sara ini. Bercerita kepada WORLD OF BUZZ, Sara menjelaskan yang dia rasa tidak sihat pada malam Isnin lepas (22 Julai).

Dia terus membuat tempahan temu janji di sebuah klinik kesihatan di Johor Bahru untuk keesokan harinya dan waktu yang dia tetapkan adalah jam 12 PM. Jelasnya, dia memilih untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerana majikannya hanya menerima sijil cuti sakit daripada klinik kerajaan sahaja.

image is not available

Sesampainya Sara di klinik tersebut, dia terkejut kerana berlaku sesuatu perkara yang di luar jangkaan.

Dakwanya doktor yang memeriksa tahap kesihatannya seorang yang tak sabar, tak ramah dan menengking kepadanya ketika diminta isikan maklumat dekat satu kad.

“Kalau tak sihat, datang awal lah! Kenapa datang masa lunch break kitaorang?!”

image is not available

Dakwanya lagi, ketika pemeriksaan, doktor tersebut macam acuh tak acuh sahaja.

“Dia jerit-jerit kat saya dan suruh saya buat pemeriksaan darah, dan datang semula jam 2 PM.”

Kecewa dengan layanan tersebut, Sara tidak kembali ke klinik tersebut dan tidak buat sebarang pemeriksaan darah.

“Boleh je cakap baik-baik kan? Kalau lah jam 12 tu waktu doktor lunch, kenapa ada pilihan temu janji pada waktu tersebut?”

Ditanya jika dia sudah membuat aduan, Sara menyatakan yang dia tidak melakukannya sebab tak tahu caranya. Malah dia turut menjelaskan ini bukanlah kali pertama dia menerima layanan buruk daripada kakitangan sektor awam ini.

Sumber : WORLD OF BUZZ

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.