“Kalau di MARA memang saya…” – Video Tandas Politeknik Keluar ‘Air Hitam’ Terima Komen Dr Asyraf Wajdi

Entertainment
7 Aug 2025 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan pengalaman seorang pelajar politeknik berdepan dengan masalah air di pusat pengajian tersebut.

Di dalam video itu dipaparkan keadaan tandas dan bilik mandi di sebuah politeknik yang tidak dinyatakan mengeluarkan air berwarna hitam. Hitam pekat macam kopi o!

Tidak dipastikan sama ada masalah air itu berjaya diselesaikan atau tidak, video berkenaan rupanya telah mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi ruangan komen, Asyraf Wajdi meluahkan rasa bimbangnya melihat keadaan tersebut dan menyatakan tindakannya jika kejadian itu berlaku di mana-mana institusi pendidikan MARA.

Kenapa sampai macam ni sekali? Kalau berlaku di mana-mana Institusi Pendidikan MARA memang saya akan cari pihak Pengurusan dan Pentadbir untuk bertanggungjawab,” tulisnya.

image is not available

Selain daripada teguran Asyraf, video berkenaan juga menerima komen daripada netizen yang meluahkan rasa kasihan melihat nasib pelajar di politeknik tersebut.

image is not available

Harap masalah yang dihadapi pelajar di politeknik ini sudah diselesaikan oleh pihak berwajib.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.