“Tahun 2025 Ni Saya Betul-Betul Nak Kahwin” – Johan As’ari Harap Percintaan Dengan ‘Miss N’ Masih Utuh

EntertainmentLifestyle
10 Jan 2025 • 3:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Johan As’ari memaklumkan azam bagi tahun 2025 ini adalah untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut OhBulan!, Johan atau nama lengkanya Johan Ariff As’ari menyatakan statusnya kini masih tidak terikat dengan sebarang ikatan.

Namun, dia berharap agar tahun ini menjadi tahun dia menamatkan zaman bujangnya.

Tahun 2025 ni saya betul-betul nak kahwin. Alhamdulillah, bulan November tahun lepas saya dapat banyak tawaran untuk tahun 2025 sampai bulan Mei.

image is not available

Bila saya pandang balik kerja-kerja ini semua, ‘saya rasa teruk lah diri ini kalau tak jadi kahwin juga.’ Tapi saya memang bersyukur dengan rezeki yang datang.

Dia turut mengharapkan usahanya dalam lakonan tahun ini akan membawanya ke jinjang pelamin.

Johan turut memberitahu dia masih meletakkan harapan untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Miss N.

Saya harap saya berkahwin dengan orang yang sama iaitu Miss N, sebab jodoh ni kan rahsia Tuhan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 5 days ago

"Kita Lama Tak Buat Benda Ni.." - Keluar Makan Bersama-Sama, Jofliam Nak 'Confess' Dekat Dewi?