
Semalam, Malaysia digemparkan dengan satu khabar berita yang menyayat hati selepas seorang suami mengelar leher isterinya hanya kerana berang kisah lama diungkit semula.
Bapa susah nak terima pemergian anak..
Melalui laporan Harian Metro, bapa kepada arwah mengakui berat untuk dia menerima pemergian anak perempuannya.
Kalau dia meninggal sebab sakit, saya boleh terima lagi. Tapi, ini dia pergi dalam keadaan sebegitu. Itulah buatkan saya tidak boleh terima.

Junus Kassim, 74, berkata sedemikian sejurus melihat wajah anak perempuannya yang berusia 34 tahun tiba di rumahnya sekitar jam 6.45 petang.
Ahli keluarga terpaksa papah bapa arwah
Susulan sedih melihat keadaan arwah, ahli keluarga yang lain terpaksa memapah Junus serta menenangkannya.


Sekadar info, kira-kira 200 terdiri daripada ahli keluarga, saudara serta penduduk kampung berkumpul di perkarangan rumah untuk menyambut ketibaan jenazah arwah.
Kes Suami Kelar Isteri: Suspek Dah Lama Tak Tegur Mentua, Tak Izinkan Isteri Jumpa Keluarga
The post “Kalau Dia Meninggal Sebab Sakit, Saya Terima. Tapi Dia Pergi Dalam Keadaan Begitu, Saya Tak Boleh Terima” – Bapa Isteri Dikelar Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



