“Kalau dia nak curang, curang juga” – Wanita Tampal ‘Sticker’ Dalam Kereta Pasangan Buat Netizen Meluat

Entertainment
30 Jan 2024 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak cara yang dilakukan oleh sesetengah golongan wanita untuk mengelakkan pasangan mereka curang. Salah satunya adalah dengan cara menampal sticker amaran pada dashboard kereta supaya penumpang wanita lain alert pemilik kereta itu sudah pun berpunya.

Tular baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh @ricxxxkiddo di X menunjukkan seorang wanita sedang menampal beberapa sticker di dashboard bahagian penumpang kereta. Tindakan wanita itu telah membuatkan ramai netizen meluat.

“Penyondol dilarang masuk”

Ada beberapa sticker yang dilekatkan oleh wanita itu di dashboard seolah-olah memberi pesanan ringkas buat penumpang kereta itu. Antara pesanan yang ditinggal adalah ‘Penyondol Dilarang Masuk’, dan ‘Warning, owner sudah punya isteri’.

Mungkin wanita itu sudah berkahwin dengan pemilik kereta berkenaan jadi sticker yang ditampal bertujuan untuk penumpang wanita lain beringat bahawa pemilik kereta itu sudah mempunyai isteri.

“Kalau dia nak curang, curang juga”

Walau bagaimanapun, ramai netizen memberi pandangan mereka terhadap video tersebut. Bagi mereka, sticker itu tiada guna jika pasangan wanita itu sendiri yang buat perangai.

Tampal sticker banyak mana sekalipun, kalau dia nak curang, tetap akan curang.

Ada netizen berpendapat tindakan menampal sticker itu agak memalukan dan masing-masing menceritakan pengalaman mereka.

image is not availableimage is not available

Seram min kalau naik kereta ni..

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.