“Kalau Ditakdirkan Dia Jadi Isteri Kedua, Saya Terima” – Azhar Sulaiman Dedah Ramai Imam Muda Nak Kenal Dengan Leona

EntertainmentLifestyle
16 Jun 2025 • 11:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon berusia 54 tahun, Azhar Sulaiman akui tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya anak gadisnya, Kasih Iris Leona ditakdirkan menjadi isteri kedua.

Pada Azhar, apa yang lebih utama adalah anaknya bahagia dan dijodohkan dengan lelaki yang betul-betul mampu menjaga dan membimbingnya.

Tambah Azhar, dia terbuka dengan pilih anaknya namun lelaki tersebut haruslah memenuhi beberapa kriteria penting yang ditetapkan olehnya sebagai seorang bapa.

Saya tak kisah siapa pun jodohnya. Kalau ditakdirkan dia menjadi isteri kedua, saya terima sahaja. Ajal, jodoh, dan rezeki di tangan tuhan.

image is not available

Azhar juga berkata dia enggan mencampuri urusan peribadi Leona secara berlebihan dan baginya sebagai bapa cukuplak dia memberikan panduan dan memastikan anaknya membuat keputusan yang betul.

Sekiranya hidup bermadu itu membuatkan anaknya bahagia, dia akan merestui takdir itu selagi Leona boleh menerimanya dengan tenang dan matang.

Aktor yang mesra dengan panggilan Behar itu turut menjelaskan bahawa dia tidak bersetuju secara sembarangan dengan mana-mana lelaki yang hadir dalam hidup anaknya.

image is not available

Lelaki tersebut tidak perlulah kaya raya tetapi harus memiliki nilai asas yang penting seperti pendidikan dan mampu menjaga keluarga.

Katanya, pendidikan akan menjadi senjata utama seseorang lelaki untuk terus maju dalam hidup mereka, meskipun tidak berharta ketika mahu mula membina keluarga.

Saya tak kisah lelaki itu kaya atau tidak tapi mestilah seseorang yang boleh menjaga mereka dengan baik. Sekurang-kurangnya perlu ada diploma atau ijazah.

Dalam pada itu, Azhar juga akui terdapat beberapa imam muda yang menyampaikan niat terhadapnya untuk mengenali Leona.

image is not available 1 week ago

Leona 'Bermesra' Dengan Dariom Lorente, Netizen Malaysia Beri ‘Amaran Manja’ - "Behar Is Watching"