“Kalau Fikir Forex Boleh Beri Makan, Cari Balik Iman Kau” – Setahun Tinggalkan Forex, Suami Fatin Afeefa Yakin Pada Rezeki Allah

20 Mar 2024 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah sekian lama menyepikan diri selepas terpalit dengan beberapa kontroversi ‘panas’ sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai memaklumkan dirinya sudah pun meninggalkan pelaburan mata wang asing (forex).

Dah ‘bersih’ selama setahun

Opai atau nama sebenarnya, Aliff Awang berkata dia enggan lagi bercakap soal forex ataupun melibatkan diri dalam aktiviti yang disifatkan sebagai perkara ‘bodoh’.

Menurut pempengaruh itu, biarpun dia sudah lama tidak terlibat dalam aktiviti forex, kehidupannya masih berjalan seperti biasa dan yakin ia bukanlah satu-satunya rezeki untuk dia.

Kalau kau fikir forex yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana.

Didakwa menipu, tak tepati janji

Opai mengeluarkan kenyataan itu selepas dirinya dituduh seorang penipu kerana tidak menepati janji untuk menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma.

Individu tersebut turut mengaitkan dakwaan menipu itu dengan aktiviti forex yang pernah Opai lakukan sebelum ini.

Tidak mendiamkan diri, suami kepada Fatin Afeefa itu menjelaskan dia terpaksa tutup gerai roti John tersebut kerana kurang pakar dalam memasak juadah terbabit.

image is not available 10 months ago

"Terpaling Supercar Sampai Nampak B*doh" - Suami Fatin Afeefa Hina Orang Pakai Kereta Biasa, Tuanku Putera Johor Beri Pesanan