Tiada lagi Forex! Suami Fatin Afeefa dah setahun insaf tak main

20 Mar 2024 • 1:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menyatakan dia sudah setahun meninggalkan dunia pelaburan mata wang asing atau lebih dikenali Forex.

Dah insaf main forex!

Tegas Aliff Awang atau mesra dispaa Opai dalam kalangan pengikut berkata, dia kini sudah setahun tidak terlibat dengan kegiatan pelaburan Forex.

Sebaliknya, lebih yakin dan percaya dengan rezeki yang diaturkan oleh Alah dan masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Pasal Forex, kau jangan cakap dah pasal benda tu. Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu, dah setahun tak berharap benda tu, elok je boleh hidup.
“Kau tu, kalau fikir Forex je yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana.
“Aku yakin, rezeki itu luas. Yang penting yakin. Allah Maha Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Jual apa pun boleh,”ujar Opai.

image is not available

Budak Forex memang suka menipu?

Pendedahan itu dibuat Opai selepas menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya berhubung agihan makanan secara percuma yang dilakukannya ketika bulan Ramadan.

image is not available

Jelasnya, dia dan pasukannya bercuti pada hari tersebut selain mengakui memasak roti john untuk diagihkan kepada orang ramai bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Opai berkata, seseorang perlulah melakukan sesuatu secara ikhlas terutama memberikan sesuatu secara percuma kepada umum.

“Kalau abang nak tahu, masak roti john ni bukan senang. Kami pun pertama kali masak.
“Jadi kenapa semalam tak ada makanan percuma sebab kita nak masak ni biar ikhlas. Jadi bila tak ada keikhlasan, kita cutilah. Orang nak makan, kita nak bagi orang puas hati dan menikmati.
“Tapi hari ini Alhamdulillah, kita dah ada keikhlasan dan kita yakin boleh buat kerja ikhlas, insya-Allah kita masak hari ini,”katanya.

image is not available

Alhamdulillah, walaupun dulu ‘terpaling’ Forex

Pendedahan yang dibuat Opai itu menarik perhatian warganet dan dibanjiri rasa syukur, selain mendoakannya agar dilimpahkan rezeki yang lebih baik.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

 

Sekadar info, Opai berkahwin dengan selebriti Fatin Afeefa pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun selepas itu.

Nama usahawan itu juga sentiasa menjadi bualan ramai kerana dia aktif berkongsi mengenai pelaburan berbentuk Forex kepada pengikut.

Sumber: TikTok @aliff_awang