“Kalau Ikut Undang-Undang..” – Daud Kim Minta Derma Untuk Bina Masjid Di Korea, Ayana Jihye Harap Netizen Hati-Hati

17 Apr 2024 • 12:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kalau korang memang follow perkembangan dalam dunia hiburan Korea, nama Daud Kim pastinya tidak asing lagi.

Untuk pengetahuan, Daud Kim merupakan seorang penyanyi Korea yang memeluk Islam tak lama dulu dan popular sebagai YouTuber yang berkongsi kisah mengenai penghijrahan dan kehidupan hariannya.

Terbaru menerusi laman TikTok, Daud Kim atau nama sebenarnya Kim Jae-han berkongsi bahawa dia telah membeli sebuah kawasan tanah lot untuk membina masjid di Korea. Tulisnya,

Impian saya akan menjadi kenyataan. Tolong bantu saya untuk membina masjid.

Selain itu, Ayana Jihye Moon, seorang hijabi Muslim Korea terkenal turut meminta agar netizen lebih berjaga-jaga sebelum memberi derma dan menjelaskan bahawa berdasarkan undang-undang di Korea, mana-mana individu tidak boleh membuka pembiayaan di bawah akaun persendirian jika jumlahnya melebihi RM40 ribu, meskipun untuk tujuan keagamaan. Katanya,

Saya tidak mendesak anda untuk membuat laporan tetapi untuk memantau dan bertanya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.