Kalau jadi Perdana Menteri lagi, saya akan hapuskan larangan 3R – Tun Mahathir

LocalPolitics
20 May 2025 • 10:55 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memansuhkan hukuman berkaitan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) jika memegang semula jawatan itu.

Menurut laporan Malaysia Kini, beliau berkata itu adalah langkah pertama yang akan dibuat sekiranya diberi peluang untuk kembali memimpin negara.

Tun Mahathir

image is not available

“Saya mesti tahu apa yang rakyat fikirkan. Kalau mulut mereka ditutup, mereka mungkin berfikiran buruk terhadap kamu, tetapi kamu pula rasa semuanya baik-baik sahaja.

“Apabila kamu tidak memberi respons terhadap masalah dan perasaan (rakyat), maka negara tidak akan maju (kerana) kita perlukan kebebasan bersuara,” katanya dalam sesi dialog semasa pelancaran bukunya di Putrajaya, semalam.

Walaupun sudah tidak berminat untuk menggalas tanggungjawab sebagai perdana menteri namun, beliau sentiasa bersedia untuk memberi pandangan kepada kerajaan.

Tun Mahathir

image is not available

“Kalau saya jadi perdana menteri semula — minta dijauhkan Tuhan — saya tahu beberapa perkara yang perlu saya lakukan.

“Walaupun saya bukan perdana menteri, jika kerajaan (kini) sudi mendengar orang tua ini, saya sedia berkongsi beberapa idea,” tambahnya.

Sumber: Malaysia Kini (Qistina Nadia Dzulqarnain)