'Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok' - Anthony Loke

LocalPolitics
17 May 2026 • 3:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok' - Anthony Loke
Anthony Loke

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Suasana Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor bertukar gamat apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke melontar cadangan supaya PH bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, 36 kerusi yang akan PH ditandingi selari dengan pengumuman dibuat BN Johor yang mahu bergerak solo bertanding di 56 kerusi DUN pada PRN kali ini.

"Kalau Johor nak lawan 56 DUN, Negeri Sembilan pun kita lawan 36 DUN.

"Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok," katanya.

Ucapan itu kemudiannya disambut sorakan dan laungan semangat yang bersetuju daripada perwakilan yang memenuhi dewan konvensyen.

Terdahulu, spekulasi berkaitan kemungkinan pembubaran DUN Johor terus hangat diperkatakan susulan dakwaan sidang khas DUN akan diadakan pada 24 Jun depan.

Pada Sabtu, BN Johor mengumumkan akan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN negeri.

 

View Original Article