“Kalau Kuku Bella Astillah Pun, Dia Bukan Isteri Orang Lagi” – Muaz Zabir Kini Lebih Terbuka, Tak Kisah Dikaitkan Dengan Bella

LocalEntertainment
12 Aug 2024 • 4:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, video dikongsi oleh pelakon, Muaz Zabir menjadi perhatian warganet selepas ramai tertanya-tanya siapakah gerangan wanita di sebalik kamera.

Menerusi perkongsian itu, peminat membuat andaian bahawa wanita tersebut adalah aktres, Bella Astillah berdasarkan oleh warna kuku.

image is not available 2 weeks ago

‘Join’ Trend TikTok, Video Muaz Zabir Dalam Kereta Dengan Wanita Curi Perhatian Peminat - “Tu Kuku Dengan Cincin Bella Astillah”

 

Tak kisah orang nak buat andaian

Pelakon berusia 26 tahun itu telah memberi respon mengenai isu jari dan kuku tersebut dan berkata dia tidak boleh berkongsi lanjut tentang itu namun akui tidak kisah sekiranya orang ramai mahu membuat andaian atau spekulasi sendiri.

Kalau itu kuku Bella Astillah sekali pun, dia bukan isteri orang lagi. Saya tak boleh kongsi sebab memang kena rahsiakan. Biarlah orang nak berteka-teki dan buat andaian sebab saya sendiri yang cipta content itu. Saya tak jangka pun video itu akan viral.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muaz zabir (@muaz.zabir)

Tambah Muaz, dia kini lebih bersifat terbuka sekiranya terus dikaitkan dengan bekas isteri Aliff Aziz itu. Dia juga bersyukur kerana kini sudah kurang mendapat kecaman berbanding ketika isu rumah tangga Bella sedang panas.

Kalau orang nak kaitkan lagi, nak buat macam mana. Orang nak terus bercakap kan. Saya juga memang kena lebih terbuka dengan netizen. Alhamdulillah, banyak orang doa baik-baik. Sekarang pun orang dah faham dengan status, jadi kami pun akan lebih terbukalah.

image is not available