“Kalau laki tak izinkan jangan nak memandai” – Suami Didakwa Guna Agama, Larang Isteri Jenguk Ibu Sakit

Entertainment
21 Jul 2023 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sikap taat kepada suami itu memang tidak boleh dinafikan kerana memang sudah termaktub dalam ajaran Islam bahawa seorang isteri itu harus menghormati suaminya, tapi ia bukanlah satu kesempatan utama untuk seseorang suami itu ‘mempergunakan’ isterinya.

Terdapat satu perkongsian yang telah membuatkan ramai netizen marah terhadap satu kenyataan mengenai hal ini kerana si suami ungkit hal syurga neraka, hanya kerana si isteri dikatakan mahu melawat ibunya yang tengah sakit.

 

“Jangan dok jadi bini derhaka, lain kali belajar agama bagi hadam”

Dakwa pengirim lagi, sekiranya ibu sakit tenat sekalipun jika ianya tidak dapat izin daripada suami, si isteri haruslah taat jika tidak mahu jadi isteri derhaka, pengirim juga turut berpesan agar orang ramai patut mendalami ilmu agama.

image is not available

Melihat perkongsian ini, rata-rata netizen bengang dan membangkang kenyataan daripada lelaki tersebut, ini kerana apa yang dikatakan itu dianggap tidak masuk akal dan mereka menyifatkan bahawa pandangan pengirim ini lebih jahil.

Bahkan ada juga wanita yang mengatakan tidak kisah jika dilabel derhaka jika mendapat suami yang berperangai seperti ini.

image is not available image is not available image is not available

Bukan sahaja kaum wanita, lelaki juga menentang dengan apa yang dikatakan ini, jika orang sebegini memang wujud, doa mudah-mudahan dijauhkan daripada mendapat pasangan seperti ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.