“Kalau Lapar Hanya Minum Susu, Makan Epal & Sebiji Telur” - Sweet Qismina Kurus Bukan Sebab Bariatrik Tapi Amalkan Liquid Diet

29 Dec 2024 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Sweet Qismina menunjukkan komitmen dalam kerjanya dengan mengamalkan diet cecair (liquid diet) demi menjayakan watak Maya dalam filem Babah.


Kurus dengan liquid diet bukan bariatrik

Perkara itu sekaligus menafikan dakwaan yang mengatakan Sweet menjalani prosedur bariatrik atau potong usus bagi menurunkan berat badan.

Menurut Sweet, dia mengamalkan diet cecair seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi.

“Untuk watak sakit tu memang saya ada perancangan untuk menguruskan badan. Jadi produser saran untuk dapatkan nasihat pakar nutrisi.

“Untuk hidupkan watak sebagai pesakit  Sindrom Guillain-Barré yang terlantar, wajah saya kena nampak cengkung.

“Jadi untuk kurus dalam masa yang singkat agak mustahil. Namun saya ikit saranan pakar dengan amalkan liquid diet yang hanya minum susu.

“Saya perlu turunkan 10kg dalam jangka masa sebulan. Jadi tidak ada istilah potong usus untuk kurus, memang amalkan liquid diet.

 

“Untuk minggu pertama memang pagi petang siang malam minum susu sahaja. Kalau lapar sangat saya akan jamah epal dengan makan sebiji telur,” katanya kepada Gempak.

 

Syukur Babah berjaya sentuh hati penonton

Dalam pada itu, bercakap mengenai Babah, Sweet bersyukur kerana filem itu berjaya menyentuh hati penonton.

“Saya rasa saya letak seratus satu usaha untuk menjayakan karakter Maya yang sakit dan saya bersyukur sangat bila orang kata watak itu menjadi.

 

 

 

 

 


Selain Sweet, Babah juga menyaksikan gandingan pelakon Qi Razali, Cristina Suzanne dan Adam Lee.

Naskhah Babah juga sudah kini sudah mengaut kutipan sebanyak RM6 juta.