“Kalau lelaki…” – Netizen Meluat Lihat ‘Reply’ Tweet Nadhir Nasar Penuh Komen Gadis ‘Menggeletis’

Entertainment
10 Feb 2023 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cara kita menggunakan media sosial menunjukkan tahap pemikiran serta kesopanan kita, itulah yang terjadi kepada pelakon yang sedang meningkat naik Nadhir Nasar apabila ruangan reply di Twitter miliknya dipenuhi dengan komen yang ‘keterlaluan’.

Dalam tweet berkenaan, Nadhir berkongsi terdapat episod siri Projek High Council yang tersebar di media sosial walaupun belum lagi ditayangkan.

Pelakon tersebut mengingatkan orang ramai agar report petikan siri tersebut jika terlihat di mana-mana platform.

“Aku tak tau kerja siapa dan aku tak tau macam mana. Minta kerjasama semua kalau ada clips yang belum lagi ditayangkan jangan sebarkan dan report,” tulisnya.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah terdapat beberapa gadis yang membalas tweet berkenaan secara keterlaluan dengan menggunakan panggilan seperti ‘ayang’, ‘baby’ sehingga membuatkan ramai netizen lain tidak selesa.

image is not available

Ramai yang merasakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia tampak kurang sopan dan terlalu melebih-lebih.

Malah, ada yang turut berpendapat jika perkara itu berlaku kepada pelakon wanita pasti ia akan menjadi isu.

image is not available

Pun begitu, pelakon yang juga juara Hero Remaja 2020 itu turut mengingatkan peminat agar menonton siri Projek High Council di saluran yang betul iaitu setiap Sabtu di Astro On Demand dan Isnin di Astro Ria.

Jaga-jaga bila tweet guys, orang nampak…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article