“Kalau Masih ‘Hot’, Cantik, Ada Harapan Lagi” – Fatiya Latiff Pilih Untuk Berhenti Dari Fikir Soal Jodoh

EntertainmentLifestyle
18 Jun 2026 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Fatiya Latiff mengakui dia kini tidak lagi terlalu memikirkan soal perkahwinan apabila usianya semakin menghampiri 40 tahun.

Menerusi perkongsian di Threads, Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff berkata dia memilih untuk mencari kebahagiaan melalui jalan yang berbeza berbanding sebelum ini.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut Fathia, dia sudah berhenti meletakkan perkahwinan sebagai fokus utama dalam kehidupan dan percaya masih banyak perkara lain yang boleh membawa kebahagiaan.

Fatiya latiff

Image from: “Kalau Masih ‘Hot’, Cantik, Ada Harapan Lagi” – Fatiya Latiff Pilih Untuk Berhenti Dari Fikir Soal JodohImage from: “Kalau Masih ‘Hot’, Cantik, Ada Harapan Lagi” – Fatiya Latiff Pilih Untuk Berhenti Dari Fikir Soal Jodoh

“Untuk saya, bila usia dah nak dekat 40 tahun, saya dah berhenti fikir pasal kahwin.”

“Melainkan awak masih ‘hot’, masih ada harapan lagi. Tapi kalau rupa dah sama macam kipas dekat rumah, hentikanlah harapan itu,” ciapannya.

Dalam masa sama, Fathia menegaskan bahawa kehidupan tidak berakhir hanya kerana seseorang itu masih belum bertemu jodoh atau belum mendirikan rumah tangga.

View this post on Instagram

“Saya cuba cari kebahagiaan dari arah yang lain pula, sebab ia bukan pengakhiran dunia lagi,” tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju bahawa kebahagiaan tidak semestinya bergantung kepada perkahwinan, manakala sebahagian lain berpendapat setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan rezeki jodoh yang berbeza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Kalau Masih ‘Hot’, Cantik, Ada Harapan Lagi” – Fatiya Latiff Pilih Untuk Berhenti Dari Fikir Soal Jodoh2026-06-18 12:20:36

Diana Danielle Dedah Kekasih Kepada Umum - "Dia Memang Boleh Dibuat Suami"

The post “Kalau Masih ‘Hot’, Cantik, Ada Harapan Lagi” – Fatiya Latiff Pilih Untuk Berhenti Dari Fikir Soal Jodoh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved