Kalau menteri boleh naik pesawat bagus, kenapa FDS tak boleh? -MMA

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 4:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu kerajaan memastikan pesawat yang digunakan untuk Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Services atau FDS) mempunyai tahap keselamatan dan kualiti yang setanding dengan pesawat yang digunakan oleh menteri.

Keselamatan petugas kesihatan perlu diberi keutamaan

Memetik laporan daripada Astro Awani, Presidennya, Datuk Dr R Thirunavukarasu menyatakan, keselamatan petugas kesihatan perlu menjadi keutamaan kerana mereka turut mempertaruhkan keselamatan diri ketika memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, khususnya penduduk di kawasan pedalaman.

Menurutnya, MMA bersetuju agar FDS diteruskan kerana perkhidmatan itu masih diperlukan, terutama bagi membantu masyarakat dalam kes-kes kecemasan.

Namun, beliau menegaskan perkara paling utama adalah memastikan petugas kesihatan dibawa menggunakan pengangkutan yang benar-benar selamat.

“Tetapi, kerajaan harus pastikan pesawat yang dinaiki itu… kalau menteri-menteri boleh naik pesawat yang bagus, kenapa sektor ini tak boleh dapat pesawat yang bagus?
“Apakah ada double standard? Jadi, kena pastikan keselamatan pekerja-pekerja kesihatan, sama ada doktor, penolong pegawai perubatan, jururawat, pembantu atau juruterbang, semuanya,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Konvensyen Kebangsaan MMA dan Kongres Saintifik 2026 di sini.
Image from: Kalau menteri boleh naik pesawat bagus, kenapa FDS tak boleh? -MMA

Foto: Berita Harian

Kebajikan petugas sektor kesihatan perlu diberi perhatian

Dr Thirunavukarasu mendakwa, keadaan ketika ini seolah-olah menunjukkan keselamatan petugas perkhidmatan udara diabaikan demi memastikan keselamatan orang lain.

Selain pesawat, beliau menyatakan MMA mahu kerajaan memastikan hanya pengangkutan yang telah disahkan secara bebas sebagai selamat, layak berada di jalan raya atau belayar serta sesuai dengan tujuan operasi digunakan untuk membawa petugas kesihatan.

Tegasnya, tiada pesawat, ambulans, bot atau kenderaan lain seharusnya digunakan hanya kerana ia tersedia atau kontrak telah diberikan.

Dalam masa sama, MMA turut mahu kebajikan petugas sektor kesihatan diberi perhatian, termasuk menyediakan elaun yang lebih sesuai dengan tanggungjawab serta tugas mereka.

Image from: Kalau menteri boleh naik pesawat bagus, kenapa FDS tak boleh? -MMA

Foto: Borneo Post Online

Pada Selasa, sebuah helikopter FDS Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhempas di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, mengorbankan kesemua lima individu yang berada dalam helikopter berkenaan.

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Layang-Layang Aerospace Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30; pegawai perubatan KKM, Dr Ainul Baroah Kamarudin, 33; penolong pegawai perubatan Alexson Adit anak Henry, 31; serta dua jururawat KKM, Deborah anak Moset, 40, dan Jessie Paya Jo, 44.

Sumber: Astro Awani (Abd Razak Mohd Ali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved