“Kalau nak buang air macam mana?” – [VIDEO] Hattan ‘Stress’ Jalan KL Tutup Untuk ‘Le Tour De Langkawi’

Entertainment
13 Oct 2022 • 2:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Le Tour De Langkawi edisi ke-26 telah pun bermula beberapa hari yang lalu. Oleh itu, ada beberapa lokasi di tengah ibu kota yang melibatkan jalan utama telah dimaklumkan akan ditutup kepada pengguna jalan raya dan dinasihatkan agar mereka merancang perjalanan sebaiknya.

Namun, melalui laman sosial Instagram penyanyi ‘otai’ Malaysia, Dato Hattan, dia telah meluahkan rasa kesalnya apabila dia terperangkap di dalam kereta hampir dua jam kerana jalan KL telah ditutup untuk memberi laluan kepada Le Tour De Langkawi.

“Saya dari bulatan Kampung Pandan nak ke bangunan Tabung Haji tapi dah nak dekat 2 jam. Pasal apa? Sebab jalan tutup, lumba basikal. Siapa punya idealah berlumba dekat tengah bandar Kuala Lumpur ni,” katanya.

Penutupan jalan tersebut membuatkan dirinya tidak selesa dan terfikir bagaimana jika dia ingin membuang air pada waktu itu, tambah Dato Hattan.

image is not available

Tinjauan ke ruang komen, rata-rata warganet dan kenalan artis meminta agar Dato’ Hattan kekal sabar. Ramai juga yang menyuarakan hal yang sama apabila mereka terpaksa memberhentikan kenderaan untuk memberi laluan kepada acara lumba basikal tersebut.

image is not available

Walaubagaimanapun, ramai warganet yang mengambil maklum tentang penutupan jalan yang berlaku di Kuala Lumpur agar mereka dapat elak dari menggunakan jalan tersebut.

image is not available

Anda boleh tengok posting asal di sini.

Kepada pengguna jalan raya di KL tu, harap ambil maklum dan peka la dengan jalan mana yang akan ditutup buat sementara waktu.

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.