“Kalau Nak Cari Tissot Atau G-Shock, Takde Tau” – Lelaki Kongsi Pengalaman Kena ‘Halau’ Dari Masuk Butik Rolex

24 Mar 2025 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rolex adalah jenama yang melambangkan kemewahan dan sering menjadi pilihan individu yang ingin menonjolkan status sosial mereka kepada orang ramai.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalaman di TikTok mengenai kejadian di mana dia tidak dibenarkan memasuki salah satu butik jenama jam tangan mewah itu di ibu negara.

Lelaki berkenaan cuba memasuki butik Rolex di Pavilion, namun dihalang oleh Sales Assistant (SA). Dia kemudian mendakwa bahawa salah seorang staf mengeluarkan kenyataan yang membuatnya berasa tersinggung.

Kalau you nak cari Tissot atau G-Shock, takde kat sini tau.

Kecewa dengan layanan yang diterima, lelaki itu mempersoalkan tindakan staf berkenaan, menyatakan bahawa mereka hanyalah pekerja butik dan bukannya pemilik jenama tersebut.

Akibat rasa tidak puas hati, dia akhirnya pergi ke butik jenama mewah lain, Cartier, di mana dia menerima layanan yang jauh lebih baik berbanding di butik Rolex.

Di ruangan komen, beberapa netizen berkongsi gambar jam Cartier yang dibeli lelaki tersebut, yang dianggarkan bernilai ribuan ringgit.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

Gara-Gara 'Lantang' Di Media Sosial, Dr Rafidah Disiasat Unit Integriti KKM - "Dah Menyampah, I Will Never Forgive You"