“Kalau Nak Kutuk, Kutuk Saya Je” – Kamal Adli Mohon Netizen Jangan Kecam Uqasha

EntertainmentLifestyle
28 Oct 2025 • 12:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Kamal Adli

Pelakon Kamal Adli memohon orang ramai supaya tidak meninggalkan komen negatif kepada isterinya, Uqasha Senrose.

Menurut laporan Hib Glam, Kamal berkata, dia meletakkan semua kesalahan di atas dirinya sepenuhnya. Dia sayang sayangkan rumahtangga dan tidak mahu ianya berakhir begitu sahaja.

“Jangan kutuk Uqasha, kalau nak kecam, kecam saya” – Kamal Adli

image is not available

Selebriti ini berkata lagi, ujian ini sangat berat buat mereka dan memberi kesan emosi yang sangat mendalam.

Buat netizen saya mohon jangan tulis apa-apa yang tak elok pada isteri saya. Tolong jangan kecam, dia banyak kerja dia stress. Saya faham benda tu sebab terlalu berat untuk dia dan saya nak handle perkara ni.

Dalam pada itu, Kamal berkata, lebih baik netizen menulis yang baik-baik sahaja buat Uqasha. Kalau ada perkara nak kutuk, dia sedia menerimanya tetapi jangan dilemparkan kepada Uqasha.

Kalau nak tulis pun, korang pergi spam dekat IG tulis, “Kamal sayang kau tau.. Jangan cerai..” Tulis yang sweet-sweet je.

Pelakon ini dengan rendah hati memohon maaf kepada Uqasha dan keluarga mentua di atas kesalahan yang dilakukan.

Dia mengakui tidak semua perkara perlu dikongsi kepada umum. Dia percaya, berbincang di antara keluarga adalah lebih baik.

Pssttt! Dalam situasi begini, apa yang dilakukan Kamal wajar dipuji kerana dia memilih untuk melindungi isterinya daripada kecaman. Kadang-kadang, diam dan selesaikan secara baik jauh lebih matang daripada membiarkan netizen terus menilai. Semoga hubungan mereka terus kuat dan diberi ketenangan menghadapi ujian ini.

Kredit: Hib Glam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.