Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Jadi Mini Aceman SE 2024 Pun Masuk M'sia

LocalCars
26 Aug 2024 • 12:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas beberapa bulan membuat debut globalnya pada Pameran Auto Beijing , MINI Aceman EV akhirnya dilancarkan secara rasminya di Thailand, baru-baru ini.

Ia dijual pada harga sekitar RM255,000.

Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian berspesifikasi tinggi yang dikenali sebagai varian SE.

Aceman SE ini menampilkan motor elektrik yang dipasang di hadapan, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 215 hp dan tork 330 Nm.

image is not available

Ini membolehkannya ia memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.1 saat dan kelajuan maksimum cecah 170 km/j.

MINI Aceman ini datangkan dengan pek bateri berkapasiti 54.2-kWj dimana ia boleh bergerak sejauh sekurang-kurangnya sejauh 405 km dengan hanya sekali cas.

Jarak gerak itu dianggarkan memgikut standard WLTP.

image is not available

Baterinya itu turu menyokong pengecasan AC dengan kapasiti 11 kW dimana baterinya mengambil masa

kira-kira lima jam dan 45 minit untuk penuh.

Sementara itu, jika menggunakan pengecasan DC 95 kW yang lebih pantas ini membolehkannya baterinya penuh semula daripada 10–80% hanya dalam masa 31 minit.

image is not available

Menyentuh mengenai saiznya pula, Aceman adalah sepanjang 4,076 mm, lebarnya pula 1,754 mm dan ia memiliki ketinggian 1,515 mm.

image is not available

Sementara itu, jarak rodanya pula ialah 2,606 mm sekali gus menunjukkan ia sebenarnya lebih kecil berbanding dengan Countryman.

Dari segi saiz dan reka bentuk, MINI Aceman kelihatan sedikit lasak tetapi masih menampilkan beberapa ciri gaya hatchback.

Berbalik kepada spesifikasi Thailand ini, MINI Aceman didatangkan dengan rim aloi dua-tona ‘Night Flash Spoke’ 18-inci.

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan dua kemasan dalaman jenis kulit Vescin sintetik yang berwarna Nightshade Blue atau Beige).

image is not availableimage is not available

Selain itu, ia juga hadir dengan bumbung kaca panaromik, skrin infotainmen OLED, yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto ada kluster instrumet digital dengan paparan head-up, kerusi depan jenis sports dan terdapat pengecas tanpa wayar, sistem bunyi Harmon kardon, paparan utama dan banyak lagi.

Memandangkan Aceman telah pun membuat debut ASEAN di Thailand, kami boleh menjangkakan crossover kecil baharu ini akan mendarat di pasaran kita dalam masa terdekat.

image is not available

Buat masa ini, MINI Malaysia telah melancarkan EV Cooper dan Countryman baharu ke dalam pasaran tempatan, menjadikan Aceman sebagai satu-satunya produk MINI generasi seterusnya yang belum membuat debut tempatannya.