“Kalau Nora Tiada Alasan Munasabah, Kita Tak Patut Berpisah” – Dr Rushdi Tetap Pendirian Enggan Cerai

LocalEntertainment
11 Aug 2025 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Suami kepada penyanyi Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi enggan mengulas lanjut tentang proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Bagaimanapun, kata Dr Rushdi berkata sudah tentu dia tidak mahukan perceraian tanpa alasan yang kukuh namun menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.

Sudah semestinya dalam perkahwinan kita tak mahu bercerai. Kecuali ada alasan yang munasabah dan diredhai oleh Allah. Tetapi jika tiada alasan yang munasabah, kita tak patut berpisah.

image is not available

Harap yang terbaik hubungan kedua-dua isteri

Dr Rushdi juga berkata dia mengharapkan yang terbaik dalam hubungan isteri pertamanya, Rose Aliza Sutrisno dengan Nora tetapi tidak dapat berkongsi lebih lanjut tentang hal itu.

‘Insya-Allah, tetapi itu adalah perkara yang tidak boleh saya ulas—suatu perkara yang ‘seronok’ tetapi saya tak boleh beri komen lagi.

image is not available

Terdahulu, prosiding perceraian Nora dan Rushdi dibawa ke proses hakam pada 3 September akan datang untuk tujuan berdamai.

Nora pula menegaskan dia tidak akan menarik semula permohonan cerai dan menyerahkan segalanya kepada kuasa mahkamah.

image is not available 2025-08-11 13:07:03

Dr Rushdi Enggan Lepaskan, Kes Cerai Nora Ariffin Dibawa Ke Proses Hakam - "Saya Mahu Keluar Dari 'Cicrle' Toksik Ini"