Konflik rumah tangga: Suami Nora Ariffin yakin hakam jalan penyelesaian terbaik

LocalFamily & Parenting
11 Aug 2025 • 12:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Rushdi memilih untuk tidak mengulas lanjut perihal perkahwinannya dengan Nora kali ini.

SHAH ALAM - Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai konflik rumah tangganya kali ini.

Namun dalam masa sama, beliau melihat pelantikan hakam adalah langkah terbaik bagi mencari penyelesaian damai.

“'Proses selepas ini adalah pelantikan hakam untuk tujuan perdamaian, insya-ALLAH. Segala keputusan saya serahkan kepada ALLAH SWT kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah pada pagi Isnin.

Beliau menambah, setiap rumah tangga tidak dapat lari daripada ujian, namun perceraian bukanlah sesuatu yang diinginkan tanpa sebab kukuh.

“Kalau ditanya, sudah tentu kita tidak mahu sampai ke arah perceraian tetapi jika ada sebab yang munasabah dan diredai ALLAH, maka ia perlu dipertimbangkan dengan matang,” jelasnya.

Prosiding perceraian pasangan itu akan diteruskan pada 3 September depan bagi proses hakam.

Terdahulu, Nora melantik kakak angkatnya, Rafeah, manakala Dr Rushdi memilih rakannya, Syamsul Omar, sebagai wakil JKP.

Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik berkaitan rumah tangga mereka.

Sebelum itu, pelatun Naluri itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved