Kalau Nurul Izzah kalah bermakna Anwar ditolak parti sendiri – Rafizi Ramli

LocalPolitics
13 May 2025 • 11:20 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Rafizi Ramli

Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berdepan risiko sekiranya Nurul Izzah tewas dalam pemilihan parti tersebut memandangkan beliau anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Malaysia Kini, Rafizi berkata kekalahan Nurul Izzah boleh memberikan implikasi negatif terhadap imej PKR, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Rafizi Ramli

image is not available

“Kalau contohnya Izzah kalah, apa mesejnya kepada rakyat? Contohnya mesejnya ialah anggota PKR menolak Anwar Ibrahim.

“Kalau kalah..jadi sebab itu Nurul Izzah mesti menang. Dia mesti menang sebab kalau kalah itu, kita akan masuk pilihan raya dalam keadaan yang kita tak boleh gambarkan berdepan pembangkang dan polemik politik dalam dan luar kerajaan.

“Kerana orang akan kata, Nurul Izzah kalah bermakna Anwar ditolak parti sendiri, jadi akhirnya apa pilihan saudara saudari ada?” katanya.

Rafizi Ramli

image is not available

image is not available

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu ceramah di Kedah malam tadi yang merupakan sebahagian daripada siri jelajah kempen Rafizi yang dinamakan Jelajah Hiruk.

Dalam pada itu, Rafizi enggan untuk mahu melihat PKR terus berdepan pelbagai konflik dalaman sepanjang proses pemilihan parti, yang akhirnya boleh mengakibatkan kekalahan besar dalam pilihan raya umum.

Beliau turut menyelar tindakan segelintir pemimpin parti yang didakwanya mendesak Nurul Izzah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, sekali gus mencetuskan ketegangan dan perpecahan dalam parti.

image is not available

Sumber: Malaysia Kini (Hafiz Mohd)