“Kalau peguam, saya boleh bantu ratusan orang, sebagai YB saya mahu bantu seluruh rakyat sini” – Thinalan umum derma gaji ADUN jika menang

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 12:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN N24 Seremban Jaya, Thinalan T. Rajagopalu, bukan nama asing dalam arena politik negara.

Image from: “Kalau peguam, saya boleh bantu ratusan orang, sebagai YB saya mahu bantu seluruh rakyat sini” – Thinalan umum derma gaji ADUN jika menang

Berpengalaman memimpin sayap pemuda, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Mantan Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional Kebangsaan, dan kini merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC.

Menurut Thinalan, pengalaman panjang bersama anak muda membentuk cara beliau melihat kepimpinan, lebih dekat dengan rakyat, lebih pantas bertindak dan lebih berani membawa perubahan.

Image from: “Kalau peguam, saya boleh bantu ratusan orang, sebagai YB saya mahu bantu seluruh rakyat sini” – Thinalan umum derma gaji ADUN jika menang Image from: “Kalau peguam, saya boleh bantu ratusan orang, sebagai YB saya mahu bantu seluruh rakyat sini” – Thinalan umum derma gaji ADUN jika menang

Dalam satu komitmen yang disifatkan luar biasa, Thinalan mengumumkan bahawa gaji yang diterimanya sebagai ADUN akan disalurkan ke Tabung Khas Seremban Jaya sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

Katanya, tabung itu akan diwujudkan khusus bagi membantu golongan yang memerlukan, terutama dalam aspek kebajikan, pendidikan serta pembangunan anak-anak Seremban Jaya, supaya manfaatnya dapat dirasai secara terus oleh masyarakat.

“Saya tidak masuk politik untuk mengejar gaji. Jika rakyat memberi amanah kepada saya, biarlah setiap sen daripada gaji itu kembali kepada rakyat yang memerlukannya,” katanya.

Image from: “Kalau peguam, saya boleh bantu ratusan orang, sebagai YB saya mahu bantu seluruh rakyat sini” – Thinalan umum derma gaji ADUN jika menang

Selain pengalaman politik, Thinalan juga merupakan seorang peguam dengan pengalaman hampir 20 tahun, mengendalikan firma guaman yang beroperasi di kawasan Bandar Seremban.

Image from: “Kalau peguam, saya boleh bantu ratusan orang, sebagai YB saya mahu bantu seluruh rakyat sini” – Thinalan umum derma gaji ADUN jika menang

Sepanjang kerjayanya, beliau aktif menawarkan khidmat guaman percuma kepada individu dan keluarga yang kurang berkemampuan, terutama mereka yang berdepan kesukaran mendapatkan akses kepada bantuan perundangan.

“Selama hampir dua dekad menjadi peguam, saya dapat membantu ramai orang. Tetapi jumlah itu tetap terhad. Sebagai seorang wakil rakyat, ruang untuk membantu jauh lebih besar. Itulah matlamat sebenar saya bertanding di Seremban Jaya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keutamaan beliau adalah memastikan setiap lapisan masyarakat di Seremban Jaya mendapat pembelaan, tanpa mengira latar belakang.

Image from: “Kalau peguam, saya boleh bantu ratusan orang, sebagai YB saya mahu bantu seluruh rakyat sini” – Thinalan umum derma gaji ADUN jika menang

Komitmen mendermakan keseluruhan gaji ADUN dan rekod panjang membantu masyarakat melalui khidmat guaman dilihat sebagai bukti bahawa perjuangan Thinalan bukan sekadar berlandaskan janji pilihan raya, tetapi lahir daripada rekod perkhidmatan yang telah dibina sejak sekian lama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved