KJ tegaskan formula BN-PN Negeri Sembilan berpotensi dibawa ke Selangor

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 9:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS yang bakal diuji menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dilihat mempunyai kemungkinan untuk diperluaskan ke Selangor sekiranya formula tersebut berjaya menyatukan undi Melayu.

Image from: KJ tegaskan formula BN-PN Negeri Sembilan berpotensi dibawa ke Selangor

Memetik laporan Sinar Harian, Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, faktor demografi serta corak pengundi di Selangor mempunyai persamaan dengan Negeri Sembilan, sekali gus menjadikan formula berkenaan sesuatu yang boleh dipertimbangkan pada masa akan datang.

Namun, beliau menegaskan sebarang langkah lanjut hanya boleh dibuat selepas keputusan PRN Negeri Sembilan diketahui dan dibincangkan oleh kepimpinan kedua-dua parti.

“Bagaimanapun, keputusan PRN Negeri Sembilan perlu dilihat terlebih dahulu sebelum sebarang perbincangan dibuat oleh kepimpinan kedua-dua parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Subang di Bangunan UMNO Selangor di sini pada Ahad.

Menurut Khairy, kerjasama BN dan PAS itu boleh dianggap sebagai satu eksperimen politik bagi melihat keberkesanan usaha menyatukan undi Melayu dalam memberi kelebihan kepada kedua-dua parti.

“Soal strategi pilihan raya bukan soal perjuangan, dalam perkara ini kita boleh fleksibel.
“Kita tengok dahulu apa yang berlaku di Negeri Sembilan, jika ada keikhlasan dan kesungguhan daripada kedua-dua pihak, kita mahu lihat sama ada penyokong BN boleh memberi undi kepada calon Pas dan sebaliknya,” jelas beliau.

Beliau berkata, sekiranya undi Melayu tidak lagi berpecah, gabungan itu berpotensi memperoleh kelebihan dalam usaha menawan Selangor.

“Kalau undi Melayu tak pecah, seperti contoh yang saya sebutkan sebelum ini, kita boleh menang Selangor, Insya-ALLAH,” dedahnya.

Dalam pada itu, Khairy berpandangan kerjasama BN dan Pas di Negeri Sembilan turut memberi gambaran bahawa terdapat isu tertentu dalam hubungan antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan BN tidak seharusnya meninggalkan kerajaan ketika ini kerana aspek kestabilan negara perlu diberi keutamaan sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Artikel lain: Dakwa Melayu terancam di N. 9, Loke tempelak KJ -“Ini taktik lama, apa yang terancam?”

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan calon ‘poster boy’ BN bagi menghadapi PRN Selangor, Khairy berkata perkara tersebut perlu dibincangkan oleh kepimpinan parti pada masa yang bersesuaian.

“Kita boleh bincang kemudianlah nanti,”  tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved