“Kalau penat boleh baring” – Orang Ramai Terhibur Tengok Lelaki Ini Jemput Dari Airpot Naik Van Jenazah

Entertainment
16 Jun 2024 • 2:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang yang ada kawan-kawan rapat tu, mesti selalu gurau kasar kan. Kadang-kadang tu kita tengok gurauan tu macam tak tercapai dek akal, tapi itu lah yang mengeratkan lagi hubungan mereka.

Ada satu video yang mendapat perhatian ramai di media sosial berkenaan kenakan kawan ni. Dalam video itu, kelihatan sekumpulan lelaki ingin menjemput sahabat mereka di lapangan terbang. Yang menariknya, kenderaan yang mereka guna adalah van jenazah. Korang boleh tengok video @ramj__ di bawah.

@ramj__

Ambik kawan dengan Van Jenazah #fyp #fypシ゚viral #airport #kotabharu @JokerBoy @Alang Paduka @mydas

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Kalau penat boleh baring

Aduhhh keras perut min gelak tengok video ni. Kadang-kadang tu kawan kita ni ada je idea untuk kenakan kita. Nasib baik ada kawan yang sporting boleh layan perangai gila kawan-kawan.

image is not availableBukan setakat tak pernah jenazah bawa beg masuk kubur, jenazah masuk van sendiri pun tak pernah dibuat orang weh.

image is not availableBagus betul member bawak kenderaan untuk jemput siap boleh baring. Biasalah lah travel ni penat kan. Dah ada tempat baring tu boleh je teruskan.

image is not availableIni gurau kasar betul. Kesian keluarga nanti salah sangka pulak. Harap tak jadi idea baru lah untuk kawan-kawan korang ye.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.