“Kalau Perangai Buruk Tak Perlu Kait Penyakit..” – Netizen Dakwa Sakit Bipolar Punca Fathia Meroyan, Minta Lebih Memahami

Entertainment
10 Jan 2024 • 10:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon sensasi Fathia Latiff, sedang hangat dibualkan oleh netizen apabila dirinya bertindak untuk mengecam pelakon Zahirah Macwilson ketika siaran langsung dan di laman Instagramnya.

Ada bipolar disorder

Namun disebabkan itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa aktres ini menghidap sakit bipolar yang menyebabkan dirinya berkelakuan seperti itu. Oleh itu, seorang individu telah membuat hantaran di laman Twitter yang menyatakan Fathia sedang diserang manik.

Saya pesakit bipolar, setiap kali saya manic dan berhalusinasi saya nampak macam bodoh juga. Benda ni out of control, kena pergi hospital je jawapan dia.

Kesihatan mental jadi alasan

Ekoran hantaran itu dimuat naik, ramai yang mempersoal isu kesihatan mental aktres tersebut. Ada yang bertanya jika itu benar alasan tindakan Fathia menyerang Zahirah di media sosial ataupun dirinya hanya akan menggunakan keadaan mentalnya sebagai alasan.

Sikit sikit bipolar. Bipolar apa nya kalau mulut jahat, ada sifat busuk hati dengan orang lain. Kalau dah perangai buruk tak perlu kait dengan penyakit..

image is not available

Sumber : Twitter  

Terdahulu, Fathia Latiff telah menyerang aktres Zahirah di akaun Instagram dan melabel pelakon tersebut sebagai ‘bibik’.

image is not available 5 hours ago

“Kau Memang Pelacur, Aku Doakan Hidup Kau Jahanam!” - Fathia Latiff Mengamuk, Terus Buka Aib Zarina Anjoulie