“Tiber keluar lagu” – ‘Single’ Fathia Latiff Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
10 Jan 2024 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, nama Fathia Latiff disebut-sebut sehingga nama pelakon Ariana Rose itu menjadi trending di laman media sosial X.

Ianya tercetus sejurus potongan klip sesi live Fathia di TikTok miliknya menjadi tular selepas dia mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap seorang lagi pelakon iaitu Zahirah MacWilson.

Malah, bekas teman rapatnya iaitu Zarina Anjoulie juga memberitahu perangai sebenar pelakon yang juga bekas teman wanita Aiman Hakim Ridza itu.

Terbaru, di TikTok muncul semula lagu yang pernah dikeluarkan oleh Fathia Latiff kira-kira sebulan lepas yang berjudul Benci.

Video lirik lagu berkenaan sudah pastinya menarik perhatian netizen memandangkan namanya kini sedang hangat diperkatakan.

@puthreee___

Terpaling main dengan perasaan sendiri. Faham dahla ek bangsa ex ni memang jenis kuat perasan mental barangkali . nk puaskn perasaan sendiri padahal org tknak tau pun. orang dah lepas kedepan mcm2 dah achieve LOLLL padahal muka dia yg mcm bibik jeneh cakap tk cermin diri payahhh takat tu jelah boleh pi nokkk #tacood #fathialatif #lifeless #pity #zahirahmacwilson #exloser #shameonyou

♬ original sound – puteri – puteri

“Nyanyi ke baca puisi?”

Lagu berdurasi 3 minit itu turut menampilkan rapper Txhanxn dan ia dilancarkan pada 25 November tahun lepas.

Gara-gara isu yang membelenggu pelakon wanita itu, ramai yang meninggalkan komen berbaur kecaman terhadap lagunya itu terutamanya dari segi vokalnya yang dikatakan tidak merdu.

image is not available

Sekarang ni semua asyik berbual pasal Fathia je ek?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.