“Kalau PMX Announce Cuti Seminggu Kami Tak Marah” – ‘Non-Stop’ Bekerja, Ramai Kagum Dengan Anwar Ibrahim

LocalPolitics
11 Nov 2024 • 1:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dapat dilihat di laman Instagram Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia ada berkongsikan satu hantaran memaparkan dirinya dalam perjalanan ke Kaherah, Mesir bagi lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

‘Non-stop’ bekerja sejak jadi Perdana Menteri

Hantaran yang dikongsikan telah meraih perhatian netizen, di mana rata-ratanya tersentuh melihat kerja keras PMX buat negara.

Di kapsyen hantaran yang dimuat naik itu, PMX menyatakan dia sedang meneliti beberapa tugasan penting yang pastinya berkaitan urusan negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Netizen terharu dan bangga

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, netizen rata-ratanya berasa kagum dengan kegigihan Anwar Ibrahim memimpin negara dan bangga mempunyai Perdana Menteri sepertinya.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan mereka tidak kisah jika PMX mahu bercuti selama seminggu, susulan sudah bekerja keras buat negara tanpa henti sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

image is not available

image is not available 5 days ago

"Tahniah Kepada Donald Trump Atas Kemunculan Semula Dalam Politiknya Yang Luar Biasa" - PMX