Minat Animasi Doraemon, Syasya Tertarik Dengan Suami Sebab Wajah Ada Iras Dengan Nobita

Entertainment
9 Jun 2024 • 2:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

April lalu, peminat setia kumpulan Dolla yang popular dengan lagu Damelo dikejutkan dengan berita bekas anggota kumpulan itu iaitu Syasya Rizal yang telah berkahwin dengan jejaka pilihannya, Nasrullah Mohd Sapie.

Memetik laporan Berita Harian, Syasya mengatakan dia tertarik dengan suaminya itu kerana wajahnya yang ada iras dengan Nobita iaitu watak dalam animasi Jepun, Doraemon.

image is not available

Difahamkan, Syasya sememangnya meminati kartun Doraemon itu.

Setiap kali tengok suami, saya akan teringat pada Doraemon,” kata Syasya.

Menurut Syasya lagi, dia berkenalan dengan suaminya itu kerana dia merupakan kawan abang Syasya sendiri dan sering lepak bersama sebelum ini.

Syasya dan suami telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di Magica Subang Hall, Selangor pada Sabtu.

image is not available

Syasya turut mengatakan bahawa dia kini akan menumpukan perhatian kepada bidang pengajiannya dalam peringkat ijazah sarjana muda selepas mengundur diri dari bidang nyanyian bersama kumpulan Dolla.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.