“Tiada niat untuk menolak” – Peguam Perjelas Kenapa Hidayah Minta Bayar Hutang Melalui Peguam

Entertainment
21 Feb 2024 • 5:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, pelawak Ali Puteh berkongsi video memaparkan dirinya hadir ke rumah balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali untuk membayar tuntutan saman bernilai RM75,000.

Namun, tindakan Ali itu dilaporkan tidak berjaya selepas pihak kakak iparnya dikhabarkan tidak menerima wang yang mahu diserahkan Ali, sebaliknya mahu dia membayar hutang tersebut di hadapan peguam.

Dalam video yang dimuat naik Hidayah, Ali menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Hidayah. Susulan itu, Ali meminta peguam mengatur tarikh perjumpaan mereka secepat mungkin.

Atas faktor keselamatan

Terbaharu, peguam mewakili Hidayah, Tuan Ibrahim tampil dengan satu kenyataan menjawab spekulasi yang timbul berhubung bayaran saman terbabit.

Menurutnya, secara perundangan, tindakan Ali yang mahu menyerahkan sejumlah wang terbabit tidak salah.

Namun, atas faktor keselamatan, wang tersebut boleh diserahkan menerusi peguam atau pun menggunakan online transfer ke dalam akaun bank.

Ini disebabkan Ali datang ke rumah Hidayah pada jam 6.30 petang iaitu sudah menghampiri senja dan ketika itu turut dibuat secara live.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

“Apabila sejumlah wang sebegitu besar dibawa ke rumah Puan Hidayah, pada waktu senja dan dibuat secara live.

“Jadi semua orang akan tahu pada malam tersebut akan ada wang besar yang akan disimpankan dalam rumah Hidayah.

“Saya percaya Puan Hidayah tiada niat untuk menolak kecuali atas faktor keselamatan,” jelasnya.

Terdahulu, Ali juga berkesempatan untuk berjumpa dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey selepas hampir empat tahun tidak bersua muka.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.