“Kalau saya normal mungkin saya dah kahwin” – Lelaki OKU Kerdil Luah Soal Jodoh

Entertainment
11 Jul 2023 • 6:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil reda dengan kentuan ilahi berkenaan dengan soal jodoh.

Luahan hati daripada Mohd Faizareza, 39 itu dibuat menerusi satu video tular yang dimuat naik oleh rakannya, Mohamad Aqmal Azhari, 29 dan mendapat perhatian netizen yang sekaligus mendoakannya agar dapat bertemu jodoh dengan wanita yang boleh terima dirinya seadanya.

“Ada tak yang sudi dengan saya? Saya pun teringin nak pasangan tapi tak dapat…kalau saya normal mungkin saya dah kahwin. Saya pernah berkawan dengan wanita, namun setakat itu saja. Mungkin tiada jodoh untuk ke fasa lebih serius dan berkahwin.”

image is not available

Menerusi Harian Metro, Mohd Faizazera yang berasal dari Batu Pahat mencari rezeki dengan menternak lembu dan turut mengambil upah memotong rumput. Luahnya, dia ada keinginan untuk berumah tangga tetapi masih belum bertemu jodoh dan kini dia hanya fokus pada kerja hakikinya.

Walaubagaimanapun, dia tidak rasa sedih kerana gembira menikmati hidupnya yang kini bersama 60 ekor lembu peliharaannya.

“Saya malas nak fikir sangat (soal jodoh). Jika ada, saya terima…jika tidak pun okay saja. Walaupun tiada pasangan, saya bersyukur kerana Allah SWT kurniakan rezeki yang banyak.”

“Tawaran kerja potong rumput juga tak putus jadi dapatlah bayar pekerja. Kalau ditakdirkan dapat pasangan nanti pun biarlah yang ikhlas terima saya, bukan nak duit saja tapi tak nak pun orangnya.”

Sementara itu, rakannya, Mohamad Aqmal berkata, dia muat naik video di TikTok kerana mahu membantu Mohd Faizareza.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article