“Kalau serius dia dah kena pecat dah” – PM Hanya ‘Bergurau’ Isu Pecat Menteri PN

Politics
19 Oct 2022 • 3:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri dalam ucapannya ada mengatakan tentang kekecewaannya dengan tindakan 12 menteri kabinetnya kerana menghantar surat membantah pembubaran Parlimen kepada Agong.

Ekoran ini, salah seorang dari 12 menteri tersebut, Dr Abdul Latiff Ahmad mengatakan bahawa perdana menteri tak perlu memecat mereka kerana mereka boleh letak jawatan sendiri, lapor FMT.

Ya, kita tahu perdana menteri ada kuasa nak ‘ambil dan pecat’, tapi kita ada maruah, kita boleh letak jawatan sendiri.

“Kita masih ahli kabinet, belum terlambat lagi nak pecat. Mungkin perdana menteri ke-9 boleh catat sejarah pecat Kabinet di ‘masa kecederaan’.”

Abdul Latiff turut menganggap penggunaan ayat ‘pecat menteri’ itu tidak sepatutnya disebut dalam ucapan politik walaupun disampaikan secara gurauan dan sinikal.

Susulan kecaman dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) ini, Ismail Sabri mengatakan bahawa ucapan untuk memecat menteri-menteri tersebut hanyalah gurauan semata-mata.

image is not available

Menurut beliau, sekiranya dia serius dalam kenyataannya itu, dah tentu akan berlaku pemecatan di kalangan menteri PN termasuk Abdul Latiff.

Saya berseloroh ke serius? Kalau saya serius dia (Dr Abdul Latiff Ahmad) dah kena pecat dah. Dia ada dalam Kabinet itu tak pecat maknanya saya berselorohlah.”

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.