“Kalau Suka, Okay Kahwin La…” - Hisyam Hamid Tak Gemar Buang Masa Dengan Bercinta Lama-Lama

26 Jul 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Hisyam Hamid mengakui dia bukanlah seorang yang gemar membuat masa dengan memikirkan soal bercinta.

Menurut Hisyam, lebih baik terus berkahwin sekiranya dalam perhubungan lelaki dan wanita itu sudah mempunyai perasaan suka antara satu sama lain.

 

Kata Hisyam lagi, banyak lagi perkara penting yang hendak difikirkan daripada menjalinkan hubungan cinta terlalu lama.

 

“Bagi saya, kalau macam hubungan itu suka sama suka, serius, ikhlas, dah apa lagi… ust kahwin dan teruskan hidup kita sama-sama.

 

“Bina kehidupan kita sama-sama. Saya tak suka buang masa. Banyak lagi benda penting yang kita kena fokus daripada benda macam ini.

 

“Nak bercinta lama-lama. Kalau suka, okay kahwin la dan kemudian jom letakkan hari dan jiwa awak dalam hubungan itu,” kongsi Hisyam.

 

Hisyam berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Studio Sembang bersama pelakon Amelia Henderson.

 

Perkongsian pendek itu dikongsikan dalam video yang dimuat naik di TikTok Studio Sembang.

 

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Hisyam dan beranggapan percintaan yang lama akan membuang masa jika tiada hala tuju.

@studiosembang and banyak lagi benda yang @Hisyam Hamid7 share dalam episode ni guys, #jomsembang esok 10pm kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts k! #studiosembang ♬ original sound - Studio Sembang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved