Kalau suruhan solat sekalipun dia tidak mahu buat, ada cara betul untuk mengajar – Nourul Wahab

11 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kalau suruhan solat sekalipun dia tidak mahu buat, ada cara betul untuk mengajar – Nourul Wahab

PETALING JAYA: Penyanyi, Nourul Wahab, membidas kenyataan seorang pengguna media sosial yang seolah-olah menghalalkan tindakan memukul wanita atas alasan mahu mendidik.

Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 49, berkata, agama Islam sama sekali tidak pernah mengajar kaum lelaki untuk mengasari golongan wanita terutamanya seorang isteri.

Teguran lantang itu disuarakan bagi membendung tindakan sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya menjadikan wanita sebagai sasaran pelepas kemarahan.

“Islam mengajar menghormati wanita terutamanya ibu dan isteri. Perempuan bukan bahan melepaskan geram, sekalipun dia tidak mahu membuat apa yang lelaki mahu.

“Kalau suruhan solat sekalipun dia tidak mahu buat, ada cara betul untuk mengajar. Bukan dengan memberikan tumbukan atau tamparan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Nourul berkongsi teguran itu dalam ruangan komen hantaran seorang lelaki yang mendakwa suami dianjurkan memukul isteri mengikut doktrin Islam.

Penyanyi lagu Cinta Azali itu turut menegur tindakan individu berkenaan yang mengeluarkan pandangan tanpa merujuk panduan agama yang betul.

“Rujuk kepada mereka yang lebih arif. Jangan main cakap sembrono sahaja macam ini encik atau tuan,” katanya.

The post Kalau suruhan solat sekalipun dia tidak mahu buat, ada cara betul untuk mengajar – Nourul Wahab appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved