"Kalau Takde Jerebu Lagi Lawa.." - Netizen Puji ‘View’ SIC Dah Macam Ala-Ala Movie

5 Oct 2026 • 10:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Kalau Takde Jerebu Lagi Lawa.." - Netizen Puji ‘View’ SIC Dah Macam Ala-Ala Movie

Semalam berakhirnya perlumbaan Formula 1 Grand Prix Bahrain di Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang bermula sejak 2 Oktober, Jumaat lalu.

Selepas sembilan tahun menyepi, ruang litar SIC kembali dipenuhi dengan bingit jentera berkelajuan tinggi itu.

Kehadiran F1 di Sepang bukan sahaja menarik minat rakyat tempatan malah seluruh dunia yang datang untuk menyaksikan perlumbaan ini.

Difahamkan, lebih 260,000 peminat hadir ke litar berkenaan mengatasi rekod sebelum ini, iaitu 126,690 penonton yang dicatatkan pada GP Malaysia 2008.

Dalam perlumbaan yang dinanti-nantikan peminat semalam, pelbagai momen yang mengujakan dapat disaksikan. Antaranya momen kebangkitan pelumba Hamilton yang kembali mengejar dari belakang dan George Russel yang terpaksa melupakan hasrat menaiki podium selepas jenteranya mengalami masalah enjin.

Selain kejayaan Max Verstappen yang berjaya menawan litar ikonik ini, pemandangan di SIC turut menjadi perhatian apabila netizen memuji ‘view’ litar tersebut yang dikatakan mempunyai suasana seakan-akan dalam filem.

‘View’ SIC Dah Macam Ala-Ala Movie

Image from: "Kalau Takde Jerebu Lagi Lawa.." - Netizen Puji ‘View’ SIC Dah Macam Ala-Ala Movie

Gabungan suasana litar dengan aksi perlumbaan bertaraf dunia memberikan tarikan tersendiri buat Sepang.

Bagi peminat sukan permotoran, suasana sebegini tentunya menambahkan lagi keterujaan menyaksikan perlumbaan.

Baca juga:

Lebih-lebih lagi apabila lokasi tersebut menjadi pentas kepada acara yang mendapat perhatian peminat dari seluruh dunia. Ada rasa bangga apabila nama Sepang kembali disebut dalam kalangan peminat F1.

Rata-rata warga maya turut berkongsi momen-momen sewaktu berada di litar berkenaan.

"Kalau takde jerebu lagi lawa.." - Netizen

Berikut antara komen netizen;

"Hikmah race delayed for 1hr +. Dah dekat-dekat senja + jerebu, colour grading dan ambiance dia lain macam. Happy for those who got to experience it first hand kat Sepang, you guys deserved it," komen seorang pengguna.

"Aku tengok live smlm. Mase klua yg ni aku rasa amaze. Lawa sungguh" komen seorang lagi.

"Yes! Betul mcm dalam movie Malaysia so Beautiful and I’m proud to be malaysian," Tulis seorang pengguna.

Untuk makluman, semalam Max Verstappen (Pertama), Kimi Antonelli (Kedua) dan Lewis Hamilton (Ketiga) berjaya mencuri podium dalam Grand Prix Bahrain yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved