“Kalau Tanya Saya, Bukan Pasal Penyelewengan Wang” – Peguam Alif Teega Dan Aisyah Hijanah

11 Jul 2024 • 1:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
alif teega

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin hari ini membenarkan tahanan reman selama 4 hari kepada pasangan pempengaruh Alif Teega dan Aisyah Hijanah.

Tahanan reman bermula 11 Julai (Khamis) hingga 14 Julai 2024. Memetik laporan mStar, perintah reman dikeluarkan untuk membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa.

image is not available

Peguam mewakili pasangan itu, Abdul Rahim Ali berkata, anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM bukannya dakwaan seleweng kutipan derma.

Reman mengikut Seksyen 23 Akta SPRM, salah guna kuasa. Kalau tanya saya, bukan pasal penyelewengan wang.

Terdahulu, pasangan ini dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya berpakaian lokap SPRM dan tangan digari untuk permohonan reman.

Pasangan ini dilaporkan ditahan pihak SPRM pada petang Rabu namun tiada sebarang maklumat lanjut mengenai kes yang sedang disiasat.

image is not available

Jap!