
PETALING JAYA – Seorang wanita meminta bantuan orang ramai untuk mengesan ibunya, Siti Aminah yang dilaporkan hilang di sekitar Kanchong Darat, Banting.
Wanita itu berkata, ibunya dipercayai keluar rumah sejak pukul 10 pagi tadi dan masih gagal dihubungi sehingga kini dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan tersebut.
Pemilik akaun @Nzdhna berkata, orang ramai terutama penduduk sekitar Kanchong Darat diminta supaya menyalurkan maklumat sekiranya terjumpa warga emas tersebut.
“Khususnya kepada warga Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ibu saya, Siti Aminah disyaki hilang.
“Dalam pukul 10 pagi tadi sehingga kini, masih tak jumpa dan tidak dapat dihubungi. Mohon kalau ada sesiapa ternampak, boleh mesej saya dengan segera,” katanya.
Menerusi ruangan komen, terdapat netizen yang bertanyakan tentang status kesihatan Siti Aminah dan dimaklumkan warga emas tersebut dalam keadaan baik.
“Mak saya masih sihat. Cuma semasa dia keluar, dia sedang dalam panggilan dengan individu tidak dikenali,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Kalau terjumpa ibu saya, tolong beritahu segera’ appeared first on Kosmo Online.



