‘Tolong carikan suami saya…’

7 Oct 2026 • 2:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tolong carikan suami saya…’

PETALING JAYA – Seorang wanita merayu orang ramai membantu mengesan suaminya yang dilaporkan hilang sejak lebih 24 jam lalu ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Wanita yang tinggal di Kampung Baru itu memaklumkan, laporan polis sudah dibuat dan hari ini merupakan hari kedua suaminya tidak dapat dikesan.

Menerusi hantaran di Threads olehnya dengan profil @Miss_or_madam, suaminya sebelum ini belum pernah tidak pulang ke rumah, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatannya.

“Tolong saya cari suami saya dekat mana. Dia tak pernah tak balik rumah. Dia hilang waktu dalam perjalanan balik dari tempat kerja (TTDI).

“Baju akhir dia pakai uniform kerja warna hitam. Motosikal warna ungu jenis RS150 dan helmet hijau turquoise. Tolong kongsi hantaran ni, saya merayu,” katanya.

Ada netizen pada ruangan komen mencadangkan supaya wanita itu menghubungi bahagian sumber manusia di tempat suaminya bekerja, namun dia memaklumkan sudahpun berbuat demikian.

“Sudah. Ada televisyen litar tertutup (menunjukkan) dia balik kerja je.

“Saya tak pernah sangka akan dapat ujian macam ni. Doakan ya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tolong carikan suami saya…’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved