‘Kalau Tidak Lagi Hormat PM Boleh Tarik Sokongan, Bukan Desak Bubar Parlimen’ – Anthony Loke

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 11:19 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

‘Kalau Tidak Lagi Hormat PM Boleh Tarik Sokongan, Bukan Desak Bubar Parlimen’ – Anthony Loke

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menasihati rakan sekutu dalam kabinet supaya menetapkan pendirian sekiranya tidak lagi sehaluan dengan kerajaan MADANI.

Jelasnya, sekiranya tidak lagi menyokong pentadbiran di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka sebaiknya menarik balik sokongan berbanding terus mendesak untuk membubarkan Parlimen.

Loke menyifatkan desakan UMNO tersebut sebagai ‘permainan politik’ semata-mata.

“Sepatutnya, kalau mereka berasa sudah tidak boleh bekerjasama ataupun tidak lagi menghormati Perdana Menteri, mereka boleh membuat tindakan mereka dari segi sokongan ataupun menarik balik sokongan… tetapi tidak payah menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen,” kata bekas Menteri Pengangkutan itu, dipetik Berita Harian.

‘Mandat Anwar Ibrahim Ada Lagi Setahun’ – Loke

Mengulas lanjut, Loke menyeru Anwar supaya tidak tunduk dengan desakan tersebut selain menegaskan hanya Anwar sahaja yang mempunyai kuasa dan hak prerogatif untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen bagi penggal ini.

Dalam masa sama, beliau juga menegaskan bahawa Anwar masih mempunyai mandat setahun dalam mentadbir negara.

“Kita tahu mereka cuba menggunakan momentum sekarang untuk menekan Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen.

“Namun, saya yakin Perdana Menteri tidak akan tunduk kepada tekanan kerana Perdana Menteri masih ada mandat, masih ada sokongan yang cukup di Parlimen untuk meneruskan pentadbirannya. Mandat beliau ada setahun lagi,” katanya.

‘Sebaik-baiknya Bukan Rombak Kabinet Tapi Bubar Parlimen’ – Ahmad Zahid

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpandangan lebih baik membubarkan Parlimen berbanding rombakan kabinet. Ini bagi memberi laluan kepada rakyat untuk menentukan mandat baharu.

“Saya tidak nampak adanya keperluan sekarang ini untuk mengadakan rombakan Kabinet, walaupun ada seorang yang mungkin telah komited untuk meletakkan jawatan ketika sampainya (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib ke rumah beliau bagi menjalani baki hukuman.

“Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet. Sebaik-baiknya Parlimen dibubarkan, iaitu kita berikan mandat semula kepada rakyat. Dan kita bentuklah Kabinet baharu selepas itu,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Anwar Berpendapat Belum Tiba Masa Untuk Rombak Kabinet Susulan Tempoh Pelantikan Amir Hamzah Yang Akan Berakhir Tidak Lama Lagi

Zahid berkata demikian selepas Anwar memaklumkan bahawa belum tiba masanya untuk mempertimbangkan rombakan Kabinet.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang akan berakhir pada 11 Disember ini.

Loke pada hari sama turut mengumumkan peletakan jawatan dalam barisan Kabinet berkuatkuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Najib untuk menjalani tahanan rumah di kediamannya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Benarkan Najib Jalani Tahanan Rumah, Anthony Loke Letak Jawatan Serta-merta

Baca Artikel Berkaitan: Peletakan Jawatan Menteri Pengangkutan Berkuat Kuasa Sebaik Najib Jalani Hukuman Tahanan Rumah – Anthony Loke

Baca Artikel Berkaitan: Anthony Loke Umum Letak Jawatan Pengerusi DAP N9, Keputusan Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan Atau Tidak Diputuskan 16 Ogos

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved