Loke letak jawatan, Tok Mat kata tindakan itu seolah-olah persoal kuasa mutlak Agong

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 3:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan keputusan Anthony Loke melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai tanda protes terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Image from: Loke letak jawatan, Tok Mat kata tindakan itu seolah-olah persoal kuasa mutlak Agong

Memetik laporan Harian Metro, Mohamad, yang juga Menteri Luar, berpandangan tindakan itu seolah-olah mempersoalkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Meletak jawatan kerana pengampunan diberikan oleh Tuanku Agong itu satu perkara yang kurang elok kerana tindakan sedemikian bukan isu prinsip.
“Bagi saya, kita mempersoalkan kuasa mutlak Tuanku Agong kerana dalam Perlembagaan, pengampunan adalah kuasa mutlak Tuanku Agong,” katanya ketika ditemui selepas bersarapan dan beramah mesra dengan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim hari ini.

Turut hadir ialah calon BN bagi DUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar.

Image from: Loke letak jawatan, Tok Mat kata tindakan itu seolah-olah persoal kuasa mutlak Agong

Mengulas alasan prinsip yang diberikan Loke, Mohamad berkata beliau melihat pengunduran itu sebagai bantahan terhadap keputusan pengampunan. Beliau turut meminta semua pihak menghormati peruntukan Perlembagaan berkaitan kuasa pengampunan.

“Bukan masalah prinsip. Masalah prinsip macam-macam ada, tetapi isu pengampunan ini dipersoalkan dan dijadikan alasan untuk meletak jawatan sebagai tanda protes.
“Saya rasa itu kurang molek kerana semua rakyat mesti faham Perlembagaan dan dalam Perlembagaan jelas pengampunan itu kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,”  jelasnya.

Terdahulu, Loke mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta pada Selasa. Pengumuman itu dibuat selepas Najib tiba di kediamannya untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Sumber: Harian Metr0 (Fareez Azman, Luqman Hakim)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved