“Kalaulah ada arwah..” – Hattan Sebak Anak Arwah Adik Dapat Keputusan ‘Straight A’ SPM

Entertainment
27 May 2024 • 6:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Media sosial hari ini dibanjiri dengan berita keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Para pelajar lepasan SPM termasuklah ibu bapa teleh memuat naik pelbagai video reaksi apabila memperoleh keputusan cemerlang untuk peperiksaan itu.

Turut berkongsi berita gembira, seorang penyanyi veteran Datuk Hattan memuat naik video anak kepada arwah adiknya, iaitu Mikael Hatta yang berjaya mendapat semua A dalam SPM 2023.

Bangga dengan anak buah

Menerusi hantaran video di Instagram, Datuk Hattan gagal menahan sebak ketika memaklumkan kepada umum tentang kejayaan anak kepada arwah adiknya. Dia berasa bangga dengan keputusan tersebut dan memberikan penghargaan kepada Sekolah Sultan Alam Shah.

Ini anak arwah adik saya. Hari ni.. Alhamdulillah dia score dan membanggakan kami sekeluarga.

Sedih, hiba, gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi. Tahniah Mikael Hatta atas keputusan cemerlang dalam SPM. Straight A’s..

Kalau lah ada arwah adik saya ni tak tahulah macam mana suka dia (gembira)..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Ramai ucap tahniah & doakan yang terbaik

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan artis mengucapkan tahniah kepada Mikael Hatta yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang pada hari ini.

image is not available

Selain itu, rata-rata netizen juga berbangga dengan Mikael Hatta dan mendoakan agar pelajar tersebut berjaya di masa hadapan. Mereka turut terharu dan sebak mendengar ucapan oleh Datuk Hattan.

image is not available

Tahniah Mikael Hatta!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.