Penyanyi rap dan aktivis, Caprice akhirnya menjelaskan punca akaun Instagram miliknya tidak lagi aktif sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, akaun Instagram miliknya telah digodam kira-kira dua bulan lalu selepas penggodam berjaya menembusi sistem keselamatan termasuk e-mel yang dikaitkan dengan akaun tersebut.
Advertisement
“Sebenarnya dalam tempoh setahun memang akan ada sekurang-kurangnya enam hingga tujuh kali cubaan untuk menggodam atau cuba mengakses akaun Instagram saya.
“Kebiasaannya, kita dapat mengesan cubaan itu lebih awal dan terus menukar kata laluan tetapi kali ini cara mereka menggodam memang luar biasa,” katanya.
Caprice berkata, akaunnya dipercayai sering menjadi sasaran kerana kandungan yang dikongsikan banyak menyentuh isu semasa, kebajikan masyarakat serta pendedahan pelbagai kes.
“Sama ada baik atau buruk, akaun IG saya memang antara yang paling pantas membantu mangsa, membongkar pelbagai isu dan mengetengahkan isu-isu semasa yang berat.
@capricepodcast
“Selain siri Edisi Siasat, saya rasa akaun IG saya juga dikenali kerana sering menyorot pelbagai isu penting yang memberi kesan kepada masyarakat.
“Sebab itu setiap tahun memang akan ada banyak cubaan untuk menggodam akaun saya. Bezanya, kali ini mereka berjaya,” ujarnya.
Walaupun kehilangan akaun utama di Instagram, Caprice mengakui terdapat hikmah di sebalik kejadian tersebut apabila kehidupannya kini menjadi lebih tenang.
“Sejak akaun kena godam, hidup saya lebih tenang sebab tak ada kes nak kena selesaikan. Ada hikmahnya, saya dapat pergi gim, baca buku dan habiskan masa dengan keluarga.
“Saya juga dapat hidupkan kembali akaun TikTok dan Facebook yang selama ini sudah tidak lagi digunakan,” katanya.
Buat masa ini, Caprice difahamkan masih menunggu proses untuk mendapatkan semula akaun Instagram miliknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dipecat Secara 'Constructive Dismissal', Lelaki Ini Menang Pampasan RM514,836
The post “Kali Ini ‘Mereka’ Berjaya..” – Lama Menghilang, Caprice Dedah Punca Tiba-Tiba Senyap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


