Lama Tak ‘Update’ Isu Semasa, Caprice Dedah Punca ‘Menghilang’ Di Akaun IG

LocalEntertainment
7 Jul 2026 • 2:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

caprice ig punca hilang

Sering menjadi yang terpantas memberi reaksi terhadap isu semasa, ‘kehilangan’ penyanyi rap Caprice di media sosial apabila akaun Instagram (IG) miliknya didapati tidak lagi aktif menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Caprice atau Ariz Ramli akhirnya menjelaskan punca sebenar kehilangannya daripada platform tersebut.

Dedahnya, ia berpunca apabila akaun IG miliknya telah digodam kira-kira dua bulan lalu selepas penjenayah siber berjaya menembusi sistem keselamatannya, termasuk akaun e-mel yang dikaitkan dengan platform berkenaan.

Menurut Caprice, isu itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia pernah berlaku beberapa kali setiap tahun, namun kebiasaannya berjaya dipatahkan lebih awal.

Artikel berkaitan: Polis Hadir Ke Rumah Caprice Untuk Serahkan Surat Panggil Saksi

Katanya, akaun tersebut telah digodam sejak dua bulan lalu yang mana penggodam turut berjaya menggodam e-mel yang dikaitkan dengan platform tersebut.

“Sebenarnya dalam tempoh setahun memang akan ada sekurang-kurangnya enam hingga tujuh kali cubaan untuk menggodam atau cuba mengakses akaun Instagram saya.

“Kebiasaannya, kita dapat mengesan cubaan itu lebih awal dan terus menukar kata laluan tetapi kali ini cara mereka menggodam memang luar biasa,” katanya.

Mengulas mengapa akaunnya sering menjadi sasaran penggodam, Caprice percaya ia berkaitan dengan kandungan yang dikongsikannya terutama berkaitan isu semasa, kebajikan masyarakat dan pendedahan pelbagai kes.

“Sama ada baik atau buruk, akaun IG saya memang antara yang paling pantas membantu mangsa, membongkar pelbagai isu dan mengetengahkan isu-isu semasa yang berat.

“Selain siri Edisi Siasat, saya rasa akaun IG saya juga dikenali kerana sering menyorot pelbagai isu penting yang memberi kesan kepada masyarakat.

“Sebab itu setiap tahun memang akan ada banyak cubaan untuk menggodam akaun saya. Bezanya, kali ini mereka berjaya,” ujarnya.

Caprice bagaimanapun tidak menafikan terdapat hikmah di sebalik kehilangan akaun media sosial tersebut.

“Sejak akaun kena godam, hidup saya lebih tenang sebab tak ada kes nak kena selesaikan. Ada hikmahnya, saya dapat pergi gim, baca buku dan habiskan masa dengan keluarga.

“Saya juga dapat hidupkan kembali akaun TikTok dan Facebook yang selama ini sudah tidak lagi digunakan,” katanya yang sedang menunggu untuk mendapatkan semula akaun IG itu.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved