Kali Ketiga Anjur Sukan Terbesar Negara, Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Sukma Edisi 2024

16 Mar 2023 • 4:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak rasmi jadi Tuan Rumah Sukma tahun depan.

Kali Ketiga Anjur Sukan Terbesar Negara, Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Sukma Edisi 2024. Dilaporkan bahawa Sarawak kini sah sebagai Tuan Rumah Temasya Sukan Malaysia edisi ke 2024.

Sebentar tadi, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) di Menara KBS, Putrajaya.

image is not available
Kali Ketiga Anjur Sukan Terbesar Negara, Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Sukma Edisi 2024. Sumber foto: FB KBS

Sarawak sebagai tuan rumah Temasya Sukan Malaysia

Oleh demikian, dengan rasminya Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) pada hari ini telah bersetuju memilih Sarawak sebagai tuan rumah Temasya Sukan Malaysia edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2024.

Pemilihan Sarawak selaku tuan rumah 2024 adalah berpandukan persetujuan ahli-ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun di antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.

Sementara itu, beliau berkata jawatankuasa tertinggi itu juga meluluskan cadangan supaya 28 jenis sukan wajib dipertandingkan bermula daripada edisi 2024.

image is not available

Senarai 28 sukan wajib

Antara senarai 28 sukan wajib itu ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal (trek dan lebuh raya), gimnastik (artistik dan gimrama), golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran dan hoki.

Senarai juga dilengkapi dengan judo, ping pong, taekwondo, karate, boling padang, pencak silat, sepak takraw, skuasy, tenpin bowling, wushu, bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan tenis.

Dalam masa yang sama, YB Hannah Yeoh berkata selaku tuan rumah edisi 2024, Sarawak diberi pilihan memasukkan beberapa sukan tambahan dan telah memutuskan untuk menyenaraikan empat jenis sukan iaitu tinju, muay thai, petanque dan sukan elektronik, namun ia tertakluk kepada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti terkandung dalam Peraturan Am Sukan Malaysia.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: