Kalimah ALLAH dalam tokong: Pemilik kedai perkakas ditahan bantu siasatan

LocalPolitics
3 May 2026 • 11:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kalimah ALLAH dalam tokong: Pemilik kedai perkakas ditahan bantu siasatan
Laporan Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH dalam tokong.

KANGAR – Seorang warga emas berusia 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes paparan kalimah ALLAH SWT dalam sebuah tokong kecil di premis kedai perkakasan di Persiaran Jubli Emas, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, lelaki yang dipercayai pemilik premis berkenaan ditahan kira-kira jam 3 petang susulan laporan yang diterima pihaknya.

Menurutnya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi berhubung kes berkenaan.

"Beri ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya pada Ahad.

Beliau turut mengesahkan pihaknya turut menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang merakam video termasuk merekodkan keterangan pemilik premis.

Terdahulu, kes itu tular di media sosial selepas satu rakaman video memaparkan paparan kalimah ALLAH di dalam sebuah tokong kecil di premis berkenaan.

Susulan penularan itu, beberapa laporan polis telah dibuat termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu awam.

View Original Article