Kamal Adli beli baju raya untuk Uqasha, netizen puji  gentleman, tahu tanggungjawab untuk bekas isteri dalam idah

LocalFamily & Parenting
11 Mar 2026 • 12:39 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON Kamal Adli menerima pujian warganet selepas didedahkan turut membeli pakaian untuk hari raya buat bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Menerusi sebuah video tular di Thread, dimaklumkan pelakon berusia 40 tahun itu membelikan beberapa helai busana untuk anaknya Hawra Uqaira dan Uqasha.

Dalam video bersama pelakon Fazura itu, pihak berkenaan memaklumkan Kamal Adli membeli empat pasang baju raya sedondon buat Uqasha dan Hawra.

 "Kamal Adli beli baju raya untuk Uqasha dan anaknya. Surprise.

"Gentleman! Kamal, Kak Faz respect," ujarnya.

 Video viral yang menerima lebih 2,600 tanda suka itu turut menerima pujian daripada warga maya.

Rata-rata memuji sikap Kamal yang dianggap masih bertanggungjawab dan menjaga kebajikan bekas isterinya sepanjang tempoh idah.

Ada juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai contoh lelaki yang matang yang memahami tanggungjawabnya walaupun hubungan rumah tangga sudah berakhir.

image is not available

"Bukti bahawa menjadi lelaki yang baik tidak berakhir walaupun sudah berpisah. Cara dia tetap memberi dan menjaga semua orang benar-benar satu green flag.Memang salut cara dia menjaga kebajikan anak dan bekas isteri. Menghormati ibu kepada anaknya sendiri adalah cerminan sebenar ajaran dalam agama kita.Semoga ALLAH memelihara hati Kamal yang pemurah dan melimpahkan rezeki kepadanya selalu."

“Dia lakukan semua itu secara senyap. Tidak pun dimuat naik ke media sosial atau dihebahkan kepada umum. Semoga keikhlasan Kamal Adli sampai ke hati Uqasha dan ALLAH satukan mereka kembali.” 

"Masih dalam idah kan? Jadi tanggungjawab masih sama lagi. Kamal tahu tanggungjawabnya. Walaupun mungkin cuma bare minimum tapi tak ramai lelaki faham dan buat. Mad respect."

"Semoga ketua dapat sambut raya pertama bersama sedondon dengan uqasha dan Hawra." 

"Respect tak lupa anak. Terbaik sebab kamal tidak dikelilingi orang yang menghasut. Circle Kamal bagus."

"Sebak wehh. Bagus Kamal. Tidak belikan untuk Hawra sahaja tapi belikan buat Uqasha sekali. Tabik spring."

Imbas kembali, Kamal dan Uqasha bercerai talak satu pada 12 Januari lalu.

Mereka memiliki seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.

Sekadar info, Pejabat Mufti Wilayah menyenaraikan nafkah suami buat isteri yang diceraikan merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Hak nafkah terhadap isteri yang diceraikan adalah bergantung kepada kedudukan talak itu sendiri iaitu sama ada idah talak rajie, idah talak bain atau idah kematian suami. 

Bagi isteri yang berada dalam idah talakrajie berhak mendapat semua nafkah sebagaimana nafkah yang diterima sewaktu dalam perkahwinan. 

Bagaimanapun, sekiranya isteri itu diceraikan dengan sebab nusyuz, maka dia tidak layak untuk mendapat nafkah dalam tempoh idah.

Sumber: Thread, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan