Kamal Bakar Meninggal Dunia Selepas 2 Minggu Dirawat Di ICU

25 Jun 2024 • 5:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka, pelakon Kamal Bakar, 62, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 1 pagi Selasa.

 

Berita pemergian arwah dimaklumkan sendiri oleh anak sulungnya, aktor Hanis Kamal, 35, menerusi kiriman mesej ringkas di aplikasi Whatsapp.

 

"Assalamualaikum semua, ayah sudah meninggal dunia. Jam 1 pagi tadi (Selasa),” katanya.

 

Terdahulu, arwah yang sudah dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat dilaporkan dalam keadaan nazak.

 

Hanis berkata, ayahnya sekali lagi dijangkiti kuman pada paru-paru dan dimaklumkan oleh doktor supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

 

Sekadar info, Kamal memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem antaranya adalah Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar dan Ratu Teh Pin.